Tuesday, May 25, 2010

PASRAH KASIH by MAZIA HARRIS


Sinopsis : PASRAH KASIH

Andai benar wanita itu penyeri hidup, mengapa mesti ada luka di hati mereka? Mengapa harus ada sengsara dalam nafas mereka?

Penghijrahan Zuliyanti ke Malaysia demi untuk mengubah nasib keluarga. Pun dia tidak pernah menjangka akan terjerumus dalam kemelut yang menuntut pengorbanan besar dirinya. Tanpa diduga, dia terleka dengan permainan duniawi yang tidak menjanjikan apa-apa. Layanan menggoda Saiful membuahkan sayang di hati dan tanpa sedar telah menghanyutkannya dari dunia realiti.

Saiful pula kian terjebak dalam permainan yang diciptanya sendiri. Demi sayangnya pada Karmila; isteri yang setia, kerana kasihnya pada Zuliyanti; kekasih yang manja memaksa dia mengatur permainan demi permainan agar tidak ketara cela lakonannya. Pengorbanan Zuliyanti menghidupkan lagi sandiwara Saiful. Niatnya hanya satu, untuk menghalalkan yang haram dan tidak terus terjerumus dalam dunia kemaksiatan.

Namun... segala yang manis hanya datang seketika. Hari demi hari perubahan Saiful mendesak Karmila melayani rasa sangsi yang sesekali mencengkam diri.

Salahkah Karmila andai curiga menguasai fikiran tika bahagia yang dicari dan didamba selama ini kian menghilang? Tergugatkah kedudukannya dengan kehadiran gadis manis menggoda ini? Dan tegakah Zuliyanti memusnahkan kebahagiaan insan lain semata-semata untuk kepuasan diri sendiri?
Yang pasti, tiada siapa yang mahu kecundang, tiada hati yang mahu terluka dalam dunia ciptaan Saiful ini...

Harga : RM 18.00
Halaman : 464

No comments:

Post a Comment